2.2.07

008. Projek Lisan: Bicara Ilmu 3






Syabas saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang telah membuat pembentangan hari ini.

Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.

Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.

Pembentang 4: Aizat & Khuzaimah (Merokok Membawa Padah)
Pembentang 5: Zuraidi & Fawwaz (Kelab Bola Kegemaran Kami)
Pembentang 6: Nurdini & Haziqah (Penggunaan Internet)
Pembentang 7: Maya & Nadra (Bencana Alam Tsunami)
Pembentang 8: Hazimah & Shahirah (Bencana Alam Tsunami)

1.2.07

007. Projek Lisan: Bicara Ilmu 2






Syabas saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang telah membuat pembentangan hari ini.


Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.

Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
Pembentang 1: Firdiana (Remaja Hari Ini)
Pembentang 2: Ismail & Hasif (Kebaikan & Keburukan Internet)
Pembentang 3: Nur Hazwani & Mardiana (Disiplin)


30.1.07

006: Projek Lisan: Bicara Ilmu






Syabas saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang telah membuat pembentangan. Saya agak berpuas hati dengan mutu yang diberikan. Cikgu berharap pelajar lain boleh mengambil iktibar daripada pembentangan mereka dan menghasilkan sesuatu yang sebaik atau lebih baik daripada mereka.


Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.


Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
Pembentang 1: Aidil & Uthman (Kebaikan & Keburukan Internet)
Pembentang 2: Nurul Fatin (Masa Depan Remaja Sekarang)

20.1.07

005. Tugasan: Projek Lisan

Selamat sejahtera pelajar budiman.

Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut secara berpasangan atau individu:

  1. Tajuk Lisan
  2. Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
  3. Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
  4. Apakah skop pembentangan lisan kamu?
  5. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?

Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan. Pastikan anda rujuk kepada entri bertajuk "Prosedur Memberi Pendapat" sebelum memberikan maklum balas. Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan anda yang lain juga.

Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu.

Berikut merupakan jadual pembentangan lisan. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.


Selasa, 30 Januari 2007

  1. Kumpulan Aidil: Internet
  2. Kumpulan Aizat: Tabiat Merokok
  3. Kumpulan Nurul Fatin: Masa Depan Remaja Sekarang
  4. Kumpulan Firdiana: Penggunaan Bahasa Melayu

Khamis, 1 Februari 2007

  1. Kumpulan Maya: Bencana Alam
  2. Kumpulan Ismail: Internet
  3. Kumpulan Hazwani: Aktiviti Ko Kurikular
  4. Kumpulan Maziah: Penggunaan Bahasa Melayu

Jumaat, 2 Februari 2007

  1. Kumpulan Zuraidi: Pasukan Bola Kegemaran
  2. Kumpulan Shahirah: Bencana Alam
  3. Kumpulan Haziqah: Internet
  4. Faizal: Tabiat Merokok

Selasa, 6 Februari 2007

  1. Kumpulan Faisal: Bencana Alam
  2. Kumpulan Qamarina: Remaja Hari Ini
  3. Hazwani: Tabiat Merokok
  4. Kumpulan Dinie: Penggunaan Bahasa Melayu

18.1.07

004. Tugasan: Sayangi Orang Tua

Cikgu akan menayangkan sebuah video klip. Sambil menonton, sila fikirkan perkara-perkara berikut:
  1. Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pencerita?
  2. Apakah perasaan kamu dan mengapa?
  3. Apa tindakan kamu selepas menonton klip tersebut?

http://www.bolt.com/zill/video/Sayangi_Orang_Tua_Kita/2470286

003. Prosedur Memberi Pendapat

  1. Klik pada bahagian "pendapat".
  2. Tulis pendapat atau maklum balas anda di ruang yang disediakan.
  3. Pastikan anda klik pada bahagian "other" di "choose an identity". Tuliskan nama anda di bahagian "name" dan diikuti dengan kelas. Contohnya, Farhana (1B).
  4. Klik pada bahagian "publish your comment".

002. Etika Perbincangan

Sebagai seorang insan arif budiman, kamu harus menunjukkan kesopanan pada setiap masa. Oleh itu, cikgu benar-benar mengharapkan agar kamu dapat memperlihatkan kesopanan ini semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.

  1. Perkara-perkara yang boleh dijadikan garis pandu adalah seperti berikut:
  2. Gunakan bahasa yang baik semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
  3. Jangan menggunakan bahasa pasar ataupun singkatan-singkatan apabila menulis.
  4. Jangan menggunakan bahasa kesat semasa memberikan pendapat.
  5. Sampaikan pendapat kamu dengan hikmah dan kebijaksanaan.
    Hormati pendapat setiap orang.

001. Prawacana

"Kelembutan bahasa dan kehalusan budi serta ketertiban susun kata mencerminkan minda dan budi pekerti seseorang".
Selamat sejahtera pelajar budiman dan selamat datang ke blog cikgu. Blog ini akan berfungsi sebagai sebuah bilik darjah maya (virtual classroom) di mana aktiviti-aktiviti pembelajaran akan dijalankan.
PENILAIAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nanti akan dinilaikan dan disertakan sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan (Continual Assessment) bagi tahun 2007. Oleh itu, kamu harus mengambil serius setiap kali melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.