18.1.07

001. Prawacana

"Kelembutan bahasa dan kehalusan budi serta ketertiban susun kata mencerminkan minda dan budi pekerti seseorang".
Selamat sejahtera pelajar budiman dan selamat datang ke blog cikgu. Blog ini akan berfungsi sebagai sebuah bilik darjah maya (virtual classroom) di mana aktiviti-aktiviti pembelajaran akan dijalankan.
PENILAIAN
Aktiviti-aktiviti yang dijalankan nanti akan dinilaikan dan disertakan sebagai sebahagian daripada Penilaian Berterusan (Continual Assessment) bagi tahun 2007. Oleh itu, kamu harus mengambil serius setiap kali melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan.

No comments: