Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
30.1.07
006: Projek Lisan: Bicara Ilmu
Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
20.1.07
005. Tugasan: Projek Lisan
Selamat sejahtera pelajar budiman.
Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut secara berpasangan atau individu:
- Tajuk Lisan
- Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
- Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
- Apakah skop pembentangan lisan kamu?
- Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?
Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan. Pastikan anda rujuk kepada entri bertajuk "Prosedur Memberi Pendapat" sebelum memberikan maklum balas. Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan anda yang lain juga.
Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu.
Berikut merupakan jadual pembentangan lisan. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.
Selasa, 30 Januari 2007
- Kumpulan Aidil: Internet
- Kumpulan Aizat: Tabiat Merokok
- Kumpulan Nurul Fatin: Masa Depan Remaja Sekarang
- Kumpulan Firdiana: Penggunaan Bahasa Melayu
Khamis, 1 Februari 2007
- Kumpulan Maya: Bencana Alam
- Kumpulan Ismail: Internet
- Kumpulan Hazwani: Aktiviti Ko Kurikular
- Kumpulan Maziah: Penggunaan Bahasa Melayu
Jumaat, 2 Februari 2007
- Kumpulan Zuraidi: Pasukan Bola Kegemaran
- Kumpulan Shahirah: Bencana Alam
- Kumpulan Haziqah: Internet
- Faizal: Tabiat Merokok
Selasa, 6 Februari 2007
- Kumpulan Faisal: Bencana Alam
- Kumpulan Qamarina: Remaja Hari Ini
- Hazwani: Tabiat Merokok
- Kumpulan Dinie: Penggunaan Bahasa Melayu
18.1.07
004. Tugasan: Sayangi Orang Tua
- Apakah mesej yang ingin disampaikan oleh pencerita?
- Apakah perasaan kamu dan mengapa?
- Apa tindakan kamu selepas menonton klip tersebut?
http://www.bolt.com/zill/video/Sayangi_Orang_Tua_Kita/2470286
003. Prosedur Memberi Pendapat
- Klik pada bahagian "pendapat".
- Tulis pendapat atau maklum balas anda di ruang yang disediakan.
- Pastikan anda klik pada bahagian "other" di "choose an identity". Tuliskan nama anda di bahagian "name" dan diikuti dengan kelas. Contohnya, Farhana (1B).
- Klik pada bahagian "publish your comment".
002. Etika Perbincangan
- Perkara-perkara yang boleh dijadikan garis pandu adalah seperti berikut:
- Gunakan bahasa yang baik semasa memberikan maklum balas ataupun pendapat.
- Jangan menggunakan bahasa pasar ataupun singkatan-singkatan apabila menulis.
- Jangan menggunakan bahasa kesat semasa memberikan pendapat.
- Sampaikan pendapat kamu dengan hikmah dan kebijaksanaan.
Hormati pendapat setiap orang.