1.2.07

007. Projek Lisan: Bicara Ilmu 2






Syabas saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang telah membuat pembentangan hari ini.


Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.

Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
Pembentang 1: Firdiana (Remaja Hari Ini)
Pembentang 2: Ismail & Hasif (Kebaikan & Keburukan Internet)
Pembentang 3: Nur Hazwani & Mardiana (Disiplin)


4 comments:

Anonymous said...

Pertama sekali,saya cakap saya memang tidak puas hati dengan persembahan saya tetapi saya akui kesilapan saya.Saya tidak membuat banyak persediaan dan semuanya dibuat dengan laju kerana masa tidak mengizinkan.Isi saya tidak begitu baik.Sewaktu persembahan,saya berasa gementar kerana saya tidak ada idea.Selain itu saya tidak tahu apa kelemahan saya.Saya harap suara saya jelas dan infomasi yang saya berikan dapat membantu dalam kenaikan markah.Kekuatan saya ialah,saya rasa saya dapat sedikit sebanyak memberi infomasi kerana saya tidak buat persediaan untuk memberitahu tentang topik tersebut.

Sekian terima kasih...

Anonymous said...

Pertama sekali,saya ingin berterima kasih kpd Cikgu Faisal kerana telah mengadakan ujian lisan seperti ini.

Ketika mengutarakan pendapat saya tentang REMAJA HARI INI,saya dapat melihat semua mata tertumpu pada saya. Saya juga telah mencuba sedaya-upaya untuk membuat 'eye contact' agar markah terus ditambah.Isi saya juga agak padat pada pandangan saya,cuma saya tidak pasti bahawa adakah ia mencukupi atau tidak.

Kalau bercakap tentang kekuatan,saya rasa saya telah memberanikan diri berdiri dan mengutarakan pendapat saya kpd rakan2 kerana saya sudah terbiasa melakukannya ketika di sekolah rendah.

Kelemahan saya pula saya rasa saya agak tergagap2 kerana berasa sedikit gementar sahaja dari itu saya memohon agar kegagapan saya itu saya tidak dipotong markah.

Saya juga berharap agar sya memperolehi markah yang tinggi lagi cemerlang!

Sekian terima kasih...

Cikgu Faizal said...

Terima kasih Ismail dan Firdiana kerana telah menuliskan refleksi anda. Saya nantikan yang lain pula. :)

Anonymous said...

Pertama sekali, saya rasa gelisah sedikit kerana ada perkara yang berlaku di luar kelas yang dibawa ke dalam kelas,jadi saya rasa minda da perasaan diganggu sedikit.saya juga rasa bahawa saya tidak mempersembahkan dengan begitu baik.saya juga tidak memberi pendengar 'eye-contact'. saya tidak berpuas hati dengan persembahan saya dan perkara di luar harus diketepikan.saya rasa lisan ini boleh diperbaiki lagi jikalau saya beri penuh tumpuhan kepadanya sahaja.saya juga terketar-ketar apabila membaca.sampai disini sahaja,
sekian terima kasih...