20.1.07

005. Tugasan: Projek Lisan

Selamat sejahtera pelajar budiman.

Seperti yang telah saya sampaikan tempoh hari, kamu dikehendaki membuat perkara berikut secara berpasangan atau individu:

  1. Tajuk Lisan
  2. Mengapa kamu memilih tajuk lisan itu?
  3. Bagaimana kamu akan membentangkan projek kamu?
  4. Apakah skop pembentangan lisan kamu?
  5. Apakah cabaran-cabaran yang mungkin dihadapi semasa membuat persediaan?

Klik pada bahagian "pendapat" untuk memberikan maklum balas yang saya perlukan. Pastikan anda rujuk kepada entri bertajuk "Prosedur Memberi Pendapat" sebelum memberikan maklum balas. Anda hanya diberikan tempoh seminggu untuk melaksanakan tugas ini. Pastikan anda menulis nama ahli kumpulan anda yang lain juga.

Anda masih boleh membuat perubahan pada tajuk lisan sebelum tarikh penyampaiannya tetapi harus memberitahu cikgu dahulu.

Berikut merupakan jadual pembentangan lisan. Cikgu berharap pelajar akan melaksanakannya dengan baik.


Selasa, 30 Januari 2007

  1. Kumpulan Aidil: Internet
  2. Kumpulan Aizat: Tabiat Merokok
  3. Kumpulan Nurul Fatin: Masa Depan Remaja Sekarang
  4. Kumpulan Firdiana: Penggunaan Bahasa Melayu

Khamis, 1 Februari 2007

  1. Kumpulan Maya: Bencana Alam
  2. Kumpulan Ismail: Internet
  3. Kumpulan Hazwani: Aktiviti Ko Kurikular
  4. Kumpulan Maziah: Penggunaan Bahasa Melayu

Jumaat, 2 Februari 2007

  1. Kumpulan Zuraidi: Pasukan Bola Kegemaran
  2. Kumpulan Shahirah: Bencana Alam
  3. Kumpulan Haziqah: Internet
  4. Faizal: Tabiat Merokok

Selasa, 6 Februari 2007

  1. Kumpulan Faisal: Bencana Alam
  2. Kumpulan Qamarina: Remaja Hari Ini
  3. Hazwani: Tabiat Merokok
  4. Kumpulan Dinie: Penggunaan Bahasa Melayu

15 comments:

Anonymous said...

tajuk lisan:aktiviti kokurikular berperanan untuk melahirkan remaja yang berwawasan dan berdisiplin.

saya memilih tajuk sedemikian kerana saya rasa remaja-remaja boleh atasi masalah disiplin.aktiviti kokurikular seperti ncc,npcc dan cca berunifom selalunya mempunyai disiplin yang ketat.guru-guru cca tersebut boleh mengambil tindakan jikalau disiplin mereka tidak begitu baik.

saya dan pasangan saya,mardiana(3n2) akan membentangkan projek kami dengan menggunakan power point.

kemungkinan besar,kami akan berasa gementar dan gerun kerana kami tidak begitu biasa berbual di depan rakan-rakan sekelas kami.tetapi kami akan cuba sebaik mungkin untuk mengatasi masalah tersebut.semoga kami berjaya!

Anonymous said...

Tajuk Lisan:Tabiat merokok Membawa Padah.

Kami memilih topik ini adalah kerana kami ingin berkongsi sama apa sebernya rokok,dan juga sebab dan akibat mengapa perokok-perokok sekarang senang ketagih pada merokok.


Kami akan membentagkan projek kami dengan powerpoint.


Pembetangan lisan kami adalah kami akan


Kami mungkin akan rasa gementar buat sementara di hadapan kawan-kawan.Kami berdua akan cuba sedaya-upaya kami untuk mengatasinya.Selamat mencuba untuk kami!! =)

Anonymous said...

tajuk lisan:penggunaan bahasa melayu di kalangan remaja

saya dan pasangan saya,maziah meilih tajuk tersebut kerana kami agak bahawa kami boleh mengongsi dengan rakan-rakan kebaikan dan keburukkan bercakap dengan menggunakan bahasa rojak dan memberitahu mereka tempat yang sesuai dan perbezaan antara perbualan yang formal dan tidak formal.

saya dan pasangan saya,maziah akan membentangkan projek kami dengan menggunakan power point dan menunjukkan klip video.

cabaran yang kami harus mengatasi ialah kami akan berbual di depan kelas. kami kan berasa sangat gementar dan mungkin juga kami akan gagap apabila berbual nanti.kami harap perbentangan kami untuk anda semua akan berjalan dengan lancar.

Anonymous said...

tajuk lisan: bencana alam(tsunami)
Kami memilih tajuk ini kerana kami rasa bahawa ramai orang harus tahu akan persiapan sebelum terjadinya bencana sedemikian.di sini juga kami telah menyediakan panduan manghadapi bencana seperti tsunami dan sebagainya.kami menggunakan power point dan video di lelaman youTUBE.

cabaran-cabaran yang dihadapi adalah sewaktu mancari informasi tentang tsunami dalam bahasa malayu..

kami mungkin akan barasa malu dan agak gementar kerana kami tidak biasa membuat persembahan di hadapan kelas...semoga kami berjaya!!!!

Anonymous said...

Tajuk Lisan: Bencana Alam -(Tsunami)

Kami memilih topik ini kerana kami mahu rakan-rakan kami menyedari tentang bencana alam yang berlaku di dunia ini.

Kami membentangkan projek kami dengan menggunakan powerpoint.Kami juga akan menunjukkan klip video di dalam powerpoint itu.

Cabaran yang kami akan hadapi adalah, kami harus berkumpul banyak informasi kerana ada beberapa orang yang memilih topik yang sama. Kami juga akan rasa gementar berbual di hadapan kelas kami.

Anonymous said...

tajuk lisan:`masa depan remaja sekarang

Tajuk ini mengisahkan tentang kehidupan dan trend remaja sekarang.
Terdapat banyak unsur positif dan negatif yang patut diketengahkan agar remaja sedar akan baik dan buruknya. Terutamanya, remaja melayu kelihatan semakin liar di kalangan masyarakat. Remaja harus bangkit agar tidak terus dihanyuti arus. Masalah ini boleh diatasi jika remaja ingin bekerjasama untuk menggubah sikap mereka. harap remaja akan lebih sedar. SEKIAN sahaja. TERIMA KASIH.

Anonymous said...

Tajuk lisan kami adalah,Bencana Alam(puting beliung)

Kami memilih topik tersebut kerana kami berminat dalam topik ini dan ingin menyelidik dengan lebih mendalam.

Kami mempersembahkan projek kami menggunakan powerpoint.

Masalah yang kami hadapi ialah kesuntukkan masa kerana kami ada bermacam-macam aktivi selepas sekolah.Akhirnya kami dapat juga mengatasinya.Harap kami akan berjaya nanti apabila mempersembahkannya.

Anonymous said...

Tajuk Lisan: Tabiat Merokok Membawa padah.

Saya memilih topik ini kerana saya ingin mengkaji akibatnya apabila menghisap rokok dan Apakah sebabnya orang membazirkan duit untuk benda seperti ini walaupun mereka tahu kesihatan mereka akan terjejas.

Saya akan menggunakan powerpoint untuk persembahan saya.


Masalah-masalah yang saya menghadapi adalah, tidak cukup masa dan berasa gementar akan persembahan nanti sebab saya membuat beseorangan.

Anonymous said...

Tajuk lisan: REMAJA HARI INI...
Saya memilih topik tersebut kerana telah sekian lama saya terfikir kenapa remaja hari ini tidak seperti remaja2 dahulu,contohnya seperti lebih beradap sopan & jarang utk mendapati anak remaja perempuan hamil. Saya juga rasa bnyk faktor serta isu yang boleh diperbualkan mengenai remaja.Jadi saya rasa topik tersebut adalah sesuai dan segala pertanyaan saya sedikit sebanyak akan terjawab.

Saya akan membentangkan projek saya dgn menggunakan powerpoint supaya lebih mudah utk difahami..

Cabaran yg saya harus atasi ialah tentang betapa susahnya mencari maklumat & informasi..Saya cuma akan berasa sedikit gementar tetapi tidak 100% kerana saya sudah terbiasa dan pernah bercakap di khalayak ramai sewaktu di sekolah rendah.

Pada waktu ini,saya tidak ada sembarang masalah,cuma yang saya perlukan ialah sokongan kalian semua supaya apa yg dilancarkan berjaya! Sekaian terima kasih...

Anonymous said...

Tajuk Lisan:Kebaikkan dan Keburukkan menggunakan internet.

Saya dan pasangan saya,Nur Dini(3na) memilih tajuk ini kerana kami ada beberapa pengalaman tentang internet.Internet bukanlah fenomena baru justeru kami akan mengetengahkannya kepada rakan-rakan sekalian apa kebaikkan dan keburukkan menggunakan internet.


Saya dan pasangan saya,Nur Dini(3n3) akan membentangkan projek kami dengan berbual dan menerangkan dengan tidak menggunakkan power point.


Kami pasti akan berasa gementar kerana tidak begitu biasa menerangkan dan berbual dihadapan kelas yang penuh dengan rakan-rakan sekelas.Kami berduda akan membuat sedaya-upaya untuk mengatasi masalah itu.Kami juga akan mencuba untuk focus dan lakukannya dengan penuh kosentrasi.
Semoga kami berdua berjaya!!

Anonymous said...

Tajuk lisan:Tabiat Merokok Membawa Padah.

Saya memilih tajuk ini kerana semakin ramai remaja-remaja yang merokok walaupun mereka tahu akan bahayanya.

Saya akan membentangkan projek saya dengan membicarakan tentang topik tersebut.

Saya akan cuba mengelakkan dari berasa gementar dan cuba lebihkan semangatkan diri saya. Semoga saya berjaya!!!

Anonymous said...

KAMI MEMILIH TOPIK INI KERANA KAMI RASA TOPIK TERSEBUT AGAK MUDAH UNTUK DIBINCANGKAN

KAMI RASA TIDAK ADIL KERANA SESETENGAH KUMPULAN DIBERI MASA YANG AGAK LAMA UNTUK MEMBUAT PROJEK INI.....KAMI ADALAH KUMPULAN YANG PERTAMA UNTUK MEMPERSEMBAHKAN DAN KAMI MEMPUNYAI MASA YANG AGAK SINGKAT UNTUK BERBINCANG.....HARAP CIKGU MENIMBANG MARKAH KAMI DAN MEREKA!!!

WALAUBAGAIMANAPUN KAMI RASA KAMI TELAH MEMBUAT YANG TERBAIK DIANTARA KUMPULAN YANG LAIN....HA!HA!HA!


KAMI INGIN MENGUCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA MURID 3NA KELAS CIKGU FAISAL...

Anonymous said...

Assalamualaikum cikgu Faizal! Saya memilih topik ''Penggunaan Bahasa Melayu Dikalangan remaja'' kerana saya rasa dengan berkongsi topik ini, saya dapat menyedarkan remaja-remaja di kalangan masyarakat melayu bahawa bahasa melayu itu penting dalam hidup mereka.Bukan itu sahaja, malah saya mahu remaja-remaja atasi masalah mereka yang suka berbual dalam bahasa-bahasa yang bertunggang-langgang atau lebih dikenali sebagai bahasa rojak.

Kembali ke persembahan saya, saya rasa saya sudah melakukan yang terbaik tetapi saya menyesal dalam satu perkara sahaja iaitu saya gagap semasa berbual.Bukan kerana perasaan takut tetapi kerana gelak dan usikan rakan-rakan saya membuat saya susah hendak focus,itulah kelemahan saya.Tetapi saya menyesal kerana tidak dapat menghafal skrip saya kerana saya tidak cukup masa akibat terlalu banyak menghabiskan masa membuat powerpoint dan membuat skrip supaya menjadi lebih baik lagi.. Banyak masa saya dihabiskan dengan membuat skrip supaya menjadi lebih baik lagi.

Sejauh ini, saya rasa persembahan saya tidak memuaskan hati saya walaupun cikgu dan rakan-rakan saya mengatakan bahawa persembahan saya amat baik.Saya harap selepas apa yang saya sampaikan,remaja akan sedar betapa pentingnya bahasa melayu.Percayalah bahawa bahasa melayu amat penting bukan sahaja inggeris.Sekian terima kasih!

Anonymous said...

tajuk lisan kami adalah kebaikan dan keburukan menggunakan internet.....

kami memilih tajuk tersebut kerana kami faham apa yang dikehendaki.Selain itu kami juga ingin menyedarkan pengguna-pengguna komputer akan kebaikan dan keburukan menggunakan internet.

Kami membentangkan projek kami dengan menggunakan powerpoint.

Cabarannya ialah kami tidak membuat persiapan dan persediaan.Kami juga susah untuk berjumpa selepas sekolah kerana masing-masing sibuk dengan aktiviti-aktiviti sendiri.Kami tidak menggunakan masa yang diberikan dengan betul tetapi kami dapat mempersembahkan topik kami dengan amat lancar.

Semasa membuat persembahan,kami berasa gementar dan takut.Kami mempunyai perasaan tersebut kerana kami tidak membuat banyak persediaan.Selepas persembahan tersebut,kami rasa berpuas hati dan gembira kerana kami dapat memberi yang terbaik dan telah menyelesaikan satu misi yang sungguh mencabarkan.

Anonymous said...

Tajuk lisan:Remaja hari ini

saya memilih tajuk ini kerana saya mahu menyedarkn para remaja betapa pentingnya maruah kita.

Saya juga mahu mengingatkn mereka supaya mereka tidak membuat benda yang tak sepatutnya dibuat seperti mengambil pil khayal,minum arak,melakukan maksiat secara terang-terangan dan lain-lain yang boleh memebuat maruah remaja jatuh.

saya akan membentangkan projek ini secara individu tanpa menggunakan powerpoint.


Saya mungkin tidak dapat melakukan 'eye contact' kerana saya rasa gementar.Saya sudah cukup informasi tenatng isu in..
Semoga saya berjaya!!