30.1.07

006: Projek Lisan: Bicara Ilmu






Syabas saya ucapkan kepada kumpulan-kumpulan pelajar yang telah membuat pembentangan. Saya agak berpuas hati dengan mutu yang diberikan. Cikgu berharap pelajar lain boleh mengambil iktibar daripada pembentangan mereka dan menghasilkan sesuatu yang sebaik atau lebih baik daripada mereka.


Kumpulan-kumpulan yang telah membentangkan projek lisan dikehendaki membuat renungan kekuatan dan kelemahan persembahan mereka supaya dapat membantu mempertingkatkan lagi kemahiran lisan masing-masing. Renungan anda akan diambil kira dalam penilaian keseluruhan. Sila taipkan renungan anda di bahagian pendapat.


Bagi yang belum menaipkan maklum balas mereka di pesanan no. 005, sila lakukan secepat mungkin. Maklum balas anda juga diambil kira dalam penilaian cikgu.
Pembentang 1: Aidil & Uthman (Kebaikan & Keburukan Internet)
Pembentang 2: Nurul Fatin (Masa Depan Remaja Sekarang)

1 comment:

Anonymous said...

saya amat kagum dengan persembahan yang dilakukan oleh kawan-kawan sedarjah saya. semuanya berjalan dengan begitu lancar. selepas saya mempersembahkan apa yang hendak saya ketengahkan, saya berasa lega dan berpendapat bahawa saya telah melakukan sebaik mungkin. sungguhpun begitu, saya tidak akan patah semangat dan akan membuat lebih baik di masa hadapan.